Dera budak lima tahun: Polis cekup teman lelaki ibu

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Teman lelaki kepada ibu mangsa dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, ditahan polis pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang di sebuah rumah di Sik, Kedah.

Menurut beliau, hasil maklumat awam, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan Kuala Selangor berjaya mengesan suspek.

"Suspek yang mempunyai dua rekod berkaitan jenayah narkotik dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," tambah beliau.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, polis sedang giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati di sini.

Suspek disyaki terlibat bersama-sama ibu mangsa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Polis sebelum ini telah menahan wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kanak-kanak itu pada jam 5.14 petang Rabu.

Mangsa mendakwa telah dipukul oleh ibu dan juga lelaki terbabit dengan cara mencubit, menumbuk dan turut menyiram air panas

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!