Kuatkuasa undang-undang, tingkat kesedaran kekalkan ekosistem tanah tinggi

Kawasan peranginan Cameron Highlands semakin kurang sejuk. Gambar hiasan
Kawasan peranginan Cameron Highlands semakin kurang sejuk. Gambar hiasan
A
A
A

CAMERON Highlands dilapor mengalami suhu yang lebih panas akibat penerokaan tanah untuk pembangunan pertanian, ekopelancongan dan perniagaan.

Malah dilaporkan, suhu di kawasan tanah tinggi itu kini mencecah 24 darjah Celsius (°C) berbanding 20°C hingga 21°C sebelum ini.

Melihat kepada keadaan ini, pihak bertanggungjawab terutama kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif bagi menangani keadaan tersebut dari berterusan.

Lebih membimbangkan, sekiranya tiada tindakan segera dilakukan, peningkatan suhu secara mendadak akan memberi kesan kepada ladang-ladang sayur dan menjejaskan hasil pertanian.

Secara tidak langsung, akan berlaku pengurangan dari sudut kualiti dan kuantiti hasil pertanian yang diusahakan selain aspek pelancongan juga turut terjejas.

Isu ini bukan perkara baharu, malah pernah disuarakan aktivis alam sekitar yang mengecam amalan pengeluaran pertanian yang disifatkan tidak mampan.

Justeru, pihak bertanggungjawab perlu menguatkuasakan undang-undang yang melindungi ekosistem itu menerusi pematuhan peraturan alam sekitar di samping memberi pendidikan kepada komuniti.

Sekurang-kurangnya langkah ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan mengenai pentingnya mengekalkan keseimbangan ekosistem tanah tinggi.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana, program pendidikan alam sekitar boleh membantu mengubah sikap dan amalan masyarakat terhadap penggunaan tanah tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!