Polis cari 'Nazrul Izwan Ayob'

Tangkap layar kenyataan yang dimuat naik individu bernama Nazrul Izwan Ayob tular di media sosial Facebook. Gambar kecil: Mohd Yusri
Tangkap layar kenyataan yang dimuat naik individu bernama Nazrul Izwan Ayob tular di media sosial Facebook. Gambar kecil: Mohd Yusri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan pemilik akaun Facebook 'Nazrul Izwan Ayob' berhubung tohmahannya tentang operasi sekatan jalan raya di Lebuh Alor Gajah- Melaka- Jasin (AMJ), Bukit Piatu di Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, satu taklimat operasi Op Lejang Mega diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah dilaksanakan pada jam 9 malam, 31 Ogos lalu.

Menurutnya, operasi turut melibatkan kerjasama JSPT, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Operasi ini menyasarkan kumpulan motosikal yang menghalang laluan orang awam bagi aktiviti lumba haram di Lebuh AMJ, Bukit Piatu.

"Pada jam 2.30 pagi (1 September), arahan penutupan jalan utama dan 'lorong tikus' telah dibuat dan penunggang motosikal yang ditahan dibawa ke tempat yang selamat bagi pemeriksaan awal," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, seterusnya penunggang motosikal berkenaan dibawa ke IPK Melaka bagi tindakan saman dan pemeriksaan lanjut D4 JSJ.

Katanya, pada Khamis, JSPT telah terkesan satu hantaran oleh pemilik akaun Facebook 'Nazrul Izwan Ayob' mengadu tentang operasi yang telah dijalankan oleh pihak polis.

"JSPT Melaka telah ambil tindakan segera untuk mengesan dan menjejaki pemilik akaun tersebut di alamat rumahnya bagi mendapatkan penjelasan atas hantaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Laporan lengkap akan menyusul setelah tindakan berjaya mengesan pemilik akaun tersebut," ujarnya.

Hantaran yang tular dibuat individu itu mempertikai dan tidak berpuas hati selepas ditahan polis menerusi tindakan operasi cegah jenayah yang dilaksanakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!