Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox

Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan Kesatuan Eropah (EU) itu tiba di ibu negara Kinshasa, sekitar jam 1 petang waktu tempatan. Foto AP
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan Kesatuan Eropah (EU) itu tiba di ibu negara Kinshasa, sekitar jam 1 petang waktu tempatan. Foto AP
A
A
A

KINSHASA - Republik Demokratik Congo menerima kumpulan pertama vaksin mpox pada Khamis, yang diharapkan pihak berkuasa kesihatan dapat membantu membendung penularan wabak.

Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan Kesatuan Eropah (EU) itu tiba di ibu negara Kinshasa, sekitar jam 1 petang waktu tempatan.

Ketua Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Respons Kecemasan Kesihatan EU (HERA), Laurent Muschel berkata, penghantaran pertama pada Khamis melibatkan 99,000 dos vaksin.

Bleiau berkata, penghantaran seterusnya akan dibuat pada Sabtu, yang akan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 200,000 dos.

Congo adalah pusat wabak, yang merebak ke negara jiran dan kawasan lain, tetapi kekurangan vaksin di Afrika menghalang usaha untuk menghentikan penyebaran penyakit itu. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!