Ronaldo jaring gol ke-900
BINTANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-900 dalam kariernya pada perlawanan Liga Negara-Negara, menentang Croatia pada Jumaat.
Ronaldo meletakkan pasukannya mendahului 2-0 di Estadio da Luz, Benfica pada minit ke-34 apabila menyudahkan sentuhan Nuno Mendes dengan sepakan voli dari jarak dekat.
Pemain berusia 39 tahun itu kini telah menjaringkan 131 gol antarabangsa, 450 untuk Real Madrid, 145 untuk Manchester United, 101 untuk Juventus dan 68 untuk kelabnya sekarang Al Nassr serta lima untuk kelab pertamanya Sporting Lisbon.
Portugal sebelum itu berada di depan hasil gol pemain pertahanan Diogo Dalot pada minit ketujuh, kemudiannya mengurangkan defisit Croatia dengan jaringan sendiri minit ke-41.
Kemenangan itu membolehkan Portugal kendalian Roberto Martinez berada di kedudukan kedua Kumpulan A dengan tiga mata di belakang Poland yang menang 3-2 ke atas Scotland di Hampden Park.
Sebagai rekod, mengekori rapat Cristiano dalam senarai penjaring sepanjang masa ialah Lionel Messi dari Argentina, dengan 859 gol.
Liga Negara-Negara UEFA
Keputusan
Azerbaijan 1-3 Sweden
Belarus 0-0 Bulgaria
San Marino 1-0 Liechtenstein
Ireland Utara 2-0 Luxembourg
Estonia 0-1 Slovakia
Serbia 0-0 Sepanyol
Scotland 2-3 Poland
Denmark 2-0 Switzerland
Portugal 2-1 Croatia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!