Indonesia bawa pulang satu mata dari Jeddah

Oratmangoen meletakkan Indonesia di depan pada minit ke-19 ketika mengikat Arab Saudi, 1-1 dalam kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jeddah pada Jumaat. Foto PSSI
Oratmangoen meletakkan Indonesia di depan pada minit ke-19 ketika mengikat Arab Saudi, 1-1 dalam kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jeddah pada Jumaat. Foto PSSI
A
A
A

INDONESIA membuka gelanggang kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan nada menyakinkan apabila mengikat gergasi Asia, Arab Saudi, 1-1 di Stadium Raja Abdullah, Jeddah pada Jumaat.

Bintang Pro League Belgium, Ragnar Oratmangoen yang beraksi bersama FCV Dender terlebih dulu meletakkan Indonesia di depan pada minit ke-19.

Begitupun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Musab Aljuwayr yang beraksi untuk kelab Liga Saudi Pro, Al-Shabab secara pinjaman dari Al-Hilal menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Roberto Mancini.

Pada perlawanan itu, penjaga gawang skuad Gruda, Maarten Paes bertindak cemerlang apabila berjaya menafikan deretan percubaan jentera serangan tuan rumah, Abdullah Radif, Salem Aldawsari dan Mohamed Kanno.

Keputusan seri itu menyaksikan Indonesia di bawah kendalian ketua jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-yong menduduki tempat keempat Kumpulan C dalam kempen yang dipimpin Jepun diikuti Bahrain, Arab Saudi, Australia dan China.

Indonesia akan melayan kunjungan Australia dalam perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno pada 10 September.

Keputusan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia

Arab Saudi 1-1 Indonesia

Uzbekistan 1-0 Korea Utara

Artikel Berkaitan:

Iran 1-0 Kyrgyzstan

Iraq 1-0 Oman

Qatar 0-1 Emiriah Arab Bersatu

Jordan 1-1 Kuwait

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!