Linkin Park kembali, perkenal penyanyi wanita baharu

Mike Shinoda (kiri) bersama Emily Armstrong ketika membuat persembahan di Los Angeles. Foto AP
Mike Shinoda (kiri) bersama Emily Armstrong ketika membuat persembahan di Los Angeles. Foto AP
A
A
A

LINKIN Park telah kembali dengan barisan ahli baharu, memperkenalkan karya pertama mereka sejak kematian vokalis utama Chester Bennington pada 2017.

Menurut laporan AP, kumpulan itu telah memperkenalkan vokalis baharu, Emily Armstrong, serta pemain dram, Colin Brittain sambil mengekalkan ahli lama seperti Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix, dan Joe Hahn.

Shinoda dan Armstrong akan berkongsi tugas sebagai vokalis, sementara kumpulan ini turut bakal mengeluarkan single baharu berjudul 'The Emptiness Machine' dan mengumumkan album baharu mereka, 'From Zero', yang akan dilancarkan pada 15 November.

Linkin Park, salah satu kumpulan muzik yang popular pada tahun 2000-an, mencapai populariti terbesar mereka dengan vokalis ikonik Bennington, namun perjalanan mereka terhenti selepas beliau meninggal dunia pada usia 41 tahun.

Kumpulan itu juga melancarkan beberapa edisi semula album popular mereka, termasuk edisi ulang tahun ke-20 untuk 'Hybrid Theory' dan 'Meteora', serta koleksi lagu hits bertajuk 'Papercuts'.

Shinoda menjelaskan bahawa tajuk album baharu ini, 'From Zero', merujuk kepada permulaan mereka sebagai kumpulan bernama 'Xero' dan perjalanan baharu yang sedang mereka lalui sekarang dengan barisan ahli yang diperbaharui.

Linkin Park juga mengumumkan siri jelajah dunia bertajuk 'From Zero World Tour', dengan lima konsert dijadualkan di Los Angeles, New York, Hamburg, London, dan Seoul, serta satu lagi di Bogotá, Colombia, pada November. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!