Datuk bandar Mexico diculik beberapa minggu sebelum ambil alih jawatan

Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan. Gambar hiasan
Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan. Gambar hiasan
A
A
A

MEXICO - Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa pada Khamis memaklumkan bahawa siasatan dilancarkan bagi mengesan keberadaan beliau.

Menurut laporan media, individu bersenjata menculik Aníbal Roblero Castillo pada Selasa di luar sebuah kafe di Tuxtla Gutiérrez, Chiapas.

Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Video yang tular di media sosial memaparkan detik penculikan ahli politik berusia 54 tahun itu.

Castillo dijadual mengambil alih jawatan sebagai Datuk Bandar Frontera Comalapa pada 1 Oktober.

Perbandaran yang mempunyai populasi sekitar 67,000 penduduk itu terletak berhampiran sempadan Guatemala, kawasan yang menjadi perebutan antara dua kartel dadah untuk menguasai laluan penyeludupan dadah dan migran. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!