AEON raikan ulang tahun ke-40 dengan inisiatif mesra alam

AEON melancarkan program penanaman pokok "Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools" di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong.
AEON melancarkan program penanaman pokok "Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools" di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong.
A
A
A

KUALA LUMPUR – AEON CO. (M) BHD. (AEON) melancarkan program penanaman pokok Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools di seluruh negara sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40. Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AEON terhadap pembangunan komuniti dan penjagaan alam sekitar.

Program berkenaan dilancarkan secara rasmi pada 4 September di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong. Kira-kira 100 murid dan 30 sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran.

Acara tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Zalina Mohd Tahir.

Naoya Okada dan Dr. Zalina Mohd Tahir sama-sama menanam anak pokok di majlis tersebut.
Naoya Okada dan Dr. Zalina Mohd Tahir sama-sama menanam anak pokok di majlis tersebut.

Aktiviti penanaman pokok di SK Taman Bukit Maluri menandakan permulaan siri acara serupa yang akan berlangsung di 27 buah sekolah di seluruh negara.

Setiap sekolah dikenal pasti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan berdasarkan lokasinya yang berada berdekatan dengan 28 AEON Mall seluruh negara. Kira- kira 10,000 anak pokok akan ditanam di sekolah-sekolah yang terlibat.

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, pihaknya gembira dapat meraikan ulang tahun ke-40 dengan menyumbang semula kepada komuniti dengan cara yang bermakna.

Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran tersebut.
Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, aktiviti luar bilik darjah seperti penanaman pokok menawarkan pengalaman pendidikan yang memperkaya pembelajaran murid-murid.

“Mereka dapat belajar tentang kepentingan alam semula jadi serta peranan dan sumbangan mereka kepada sekolah dan alam sekitar.

"AEON kekal komited untuk memacu perubahan yang positif melalui pelbagai inisiatif yang melibatkan ekosistem kami. Program ini adalah satu lagi langkah dalam perjalanan kami ke arah mewujudkan masa depan yang lebih lestari," ujarnya.

Sejak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1984, AEON telah menanam lebih daripada 550,000 batang pokok melalui pelbagai inisiatif penanaman pokok.

Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran tersebut.
Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran tersebut.

Tahun lalu, AEON telah menyempurnakan fasa akhir Malaysia-Japan Friendship Forest Programme di Perak. Projek berkenaan dilancarkan sebagai menyokong usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memulih dan menghijaukan semula kawasan bekas lombong bijih timah di Bidor.

Sebanyak 30,000 batang pokok telah berjaya ditanam sejak projek ini dimulakan pada tahun 2014.

Tahun ini, AEON meraikan ulang tahunnya yang ke-40. AEON kini mempunyai 28 AEON Mall, 35 AEON Store, 6 AEON MaxValu, 62 AEON Wellness dan 46 DAISO di seluruh negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!