Malaysia utamakan keamanan, tidak sokong serang mana-mana negara - PM

Vladimir Putin (tengah) menyaksikan Anwar (dua dari kiri) bersalam dengan Naib Presiden China Han Zheng (dua dari kanan) selepas Forum Ekonomi Timur di Vladivostok pada Khamis. Foto Sputnik/AFP
Vladimir Putin (tengah) menyaksikan Anwar (dua dari kiri) bersalam dengan Naib Presiden China Han Zheng (dua dari kanan) selepas Forum Ekonomi Timur di Vladivostok pada Khamis. Foto Sputnik/AFP
A
A
A

VLADIVOSTOK, Rusia - Malaysia tidak menyokong sebarang usaha memperkukuh kuasa pertahanan untuk menyerang negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

"Tetapi jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Dalam temu bual yang sama, Anwar turut menyuarakan keterujaannya tentang lawatannya ke Rusia, dan beliau berhasrat untuk melawat St Petersburg dan Moscow.

"Saya teruja. Saya akan menyebut dalam kuliah saya hari ini bahawa saya mengenali Rusia lebih melalui novel-novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy.

"Saya sangat menantikan lawatan ke Moscow, khususnya St Petersburg, yang saya rasa antara bandar paling menakjubkan di dunia,” kata Anwar.

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 September dan Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!