Gerakan Belia 4B Kedah gesa MB campur tangan isu KDA FC

KDA FC tewas 1-3 kepada Malut United FC dari Indonesia pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier-2, Nusantara Challenge 2024 di Stadium Darul Aman pada 30 Ogos lalu. Foto KDA FC, gambar kecil: Muhammad Najib Mohd Taib
KDA FC tewas 1-3 kepada Malut United FC dari Indonesia pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier-2, Nusantara Challenge 2024 di Stadium Darul Aman pada 30 Ogos lalu. Foto KDA FC, gambar kecil: Muhammad Najib Mohd Taib
A
A
A

GERAKAN Belia 4B Kedah bimbang dengan krisis yang melanda Kedah Darul Aman (KDA) apabila terdapat desas-desus para pemainnya telah memboikot sesi latihan sejak beberapa hari yang didakwa berpunca daripada masalah gaji.

Pengerusinya, Muhammad Najib Mohd Taib menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar campur tangan kerana KDA FC merupakan simbol kegemilangan sukan bola sepak di negeri ini.

Menurutnya, dialog terbuka antara pihak pengurusan KDA FC, peminat, dan pihak berkepentingan perlu diadakan untuk mencari penyelesaian terbaik yang dapat memulihkan keadaan.

“Menteri Besar Kedah perlu segera mengambil tindakan aktif untuk menangani dan menyelesaikan isu yang melanda KDA FC. Kami yakin bahawa dengan campur tangan dan sokongan Menteri Besar Kedah, masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

“Gerakan Belia 4B Kedah tetap komited untuk terus menyokong perkembangan sukan bola sepak di negeri ini dan berharap agar tindakan yang diambil akan mengembalikan kegemilangan pasukan KDA FC,” katanya pada Jumaat.

Terdahulu media melaporkan para pemain Sang Kenari dilaporkan telah memboikot sesi latihan disebabkan oleh isu gaji yang tertunggak selama beberapa bulan.

Difahamkan selain memboikot sesi latihan, KDA FC juga dijangka kehilangan beberapa pemain lagi disebabkan masalah gaji yang dihadapi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!