MPS anjur bengkel kesedaran rasuah, tingkat integriti
SELAYANG - Unit Integriti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan bengkel kesedaran rasuah dalam usaha menjadikan MPS sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berintegriti.
Seramai 35 peserta terdiri daripada timbalan pengarah dan wakil jabatan MPS menyertai bengkel tersebut dan diadakan dengan mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
MPS menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, taklimat kepada peserta terbabit disampaikan Ketua Unit Penyiasatan Tatatkelola SPRM Selangor, Azuan Adzhar.
"Bengkel ini diadakan untuk mengenal pasti dan memantau tahap keberkesanan bagi kawalan risiko rasuah di setiap jabatan dan setiap tindakan yang diambil bagi penambahbaikan untuk mencapai matlamat Pelan Antirasuah Oeganisasi (OACP).
"Semoga bengkel seumpama ini dapat menjadikan MPS sebagai PBT yang sentiasa menekankan integriti sebagai nilai teras utama dan sifar rasuah," menurut hantaran PBT itu di laman media sosialnya pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!