KPKT peruntuk lebih RM267 juta untuk pembangunan di Johor

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) menyerahkan replika kunci rumah kepada pemilik Rumah Mesra Rakyat, Norhanisah Hasan, 34, (tiga, kiri) pada Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Felda Sungai Mas pada Jumaat. Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) menyerahkan replika kunci rumah kepada pemilik Rumah Mesra Rakyat, Norhanisah Hasan, 34, (tiga, kiri) pada Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Felda Sungai Mas pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM267.76 juta bagi projek pembangunan serta naik taraf infrastruktur awam termasuk rumah ibadat di Johor, pada tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukkan itu turut meliputi pelaksanaan 40 projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur awam, pembangunan, perumahan, landskap dan komuniti demi kesejahteraan penduduk setempat.

"Semuanya sebanyak RM267.76 juta adalah antara peruntukan paling tinggi sepanjang jelajah sentuhan kasih KPKT ke seluruh negara, Johor sentiasa didukung dijulang tinggi

"Selain itu peruntukan itu juga bagi kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan 32 buah rumah ibadat bukan Islam (RIBI) sebanyak RM3,504,647," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Felda Sungai Mas di sini, pada Jumaat.

Kor Ming seterusnya meminta, warga Johor supaya sentiasa berdiri teguh bersama-sama Kerajaan Madani bagi memastikan usaha membina semula negara dapat dilakukan.

Tambahnya, kerajaan juga tidak meminggirkan kawasan pembangkang dan ini boleh dibuktikan apabila daerah Muar turut menerima manfaat walaupun kawasan itu diwakili ahli Parlimen pembangkang.

"Seperti yang ditekankan YAB PM, kita perlukan lebih banyak lagi medan selera berkualiti tinggi yang selesa, maka hari ini saya naik taraf medan selera jeti pekan Panchor, sebab itu saya kata (ahli Parlimen) Muar tak payah lari-lari susah payah, dari Muar lari sampai Kuala Lumpur tak payah pun kami akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Semalam saya bagi Muar RM400,000 hari ini, tambah lagi RM800,000 sebab itu tak payah lari, bincang sahaja kita kerajaan ini baik-baik semua boleh bincang. Selepas itu RM1.14 juta untuk medan selera asam pedas," katanya.

Tambahnya, Muar yang merupakan Bandar Diraja memang dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!