Tiga parah, kereta hilang kawalan sebelum bertembung

Salah seorang mangsa parah dalam nahas melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer 10 Jalan Lahad Datu-Sandakan.
Salah seorang mangsa parah dalam nahas melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer 10 Jalan Lahad Datu-Sandakan.
A
A
A

LAHAD DATU - Nahas dua kenderaan di Kilometer 10 Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini, pada Jumaat yang menyebabkan tiga cedera parah dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, tiga mangsa yang parah melibatkan pemandu dan dua penumpang kereta Proton Saga Aeroback manakala seorang lagi penumpang wanita dan pemandu lelaki Proton Saga FLX cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan mendapati Proton Saga Aeroback dipandu lelaki berusia 63 tahun bersama tiga penumpang berusia 37 hingga 49 tahun itu dalam perjalanan dari arah Sandakan ke Lahad Datu.

"Ketika tiba di lokasi, pemandu Proton Saga FLX berusia 39 tahun datang dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Lahad Datu-Sandakan.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Lahad Datu-Sandakan.

"Akibatnya, pemandu bersama penumpang hadapan dan seorang penumpang belakang Proton Saga Aeroback tersepit serta mengalami kecederaan parah.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Yuslee Yussof di talian 089-881255 atau ke balai berdekatan bagi membantu siasatan polis," katanya.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, sembilan anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.31 pagi.

"Terdapat mangsa tersepit segera dikeluarkan dari kenderaan menggunakan peralatan khas dan kesemuanya telah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.

"Operasi ditamatkan pada jam 5.41 pagi selepas kawasan kemalangan dipastikan selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!