Lebih 90 peratus restoran 4Fingers peroleh sijil halal

ZARINA (empat dari kiri) menyambut 10 tahun kejayaan 4Fingers di Malaysia baru-baru ini.
ZARINA (empat dari kiri) menyambut 10 tahun kejayaan 4Fingers di Malaysia baru-baru ini.
A
A
A

4FINGERS Crispy Chicken Malaysia (4Fingers) mengumumkan lebih 90 peratus restorannya di seluruh Malaysia memperoleh sijil halal.

Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers, Zarina Mohamad Saad berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan penyediaan ayam secara halal dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan terutama yang beragama Islam.

“Sempena meraikan 10 tahun menyajikan ayam goreng rangup yang lazat kepada rakyat Malaysia, pencapaian memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) kekal sebagai teras misi kami.

“Kepatuhan kami kepada piawaian halal menunjukkan dedikasi terhadap keterangkuman dan kualiti yang tiada tandingan, memastikan produk memenuhi keperluan ketat ditetapkan Jakim,“ katanya.

Zarina berkata, jenama itu bekerjasama rapat dengan Bahagian Hab Halal JAKIM untuk memastikan setiap elemen penyediaan makanan bermula dari segi penyumberan bahan sehingga memasak benar-benar mematuhi piawaian halal.

Pensijilan halal itu memastikan semua menu 4Fingers disediakan mengikut piawaian kebersihan dan berkualiti tertinggi, sekali gus memberikan pelanggan keyakinan terhadap integriti serta keselamatan hidangan.

Jenama itu juga terus komited memberikan cita rasa memuaskan kepada pelanggan dengan hidangan baharu Ayam Rendang yang ditawarkan untuk masa terhad bersama pelbagai lagi menu menarik.

“Visi kami untuk terus memberikan pengalaman luar biasa sambil mengekalkan nilai teras kami iaitu kualiti dan kepercayaan.

Artikel Berkaitan:

“Kami sentiasa komited menyediakan ayam goreng rangup yang asli dan halal,“ katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!