Tren KTM tiba-tiba berhenti akibat bekalan elektrik terputus

Tren tersebut berhenti berkali-kali dan mengganggu jadual pergerakan penumpang yang bergegas ingin menuju ke destinasi masing-masing.
Tren tersebut berhenti berkali-kali dan mengganggu jadual pergerakan penumpang yang bergegas ingin menuju ke destinasi masing-masing.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba sekitar 20 minit dipercayai akibat gangguan teknikal.

Kejadian itu sempat dirakamkan wartawan Sinar Harian dalam kereta api laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim berdekatan stesen Abdullah Hukum pada jam 2.10 petang.

Berdasarkan pemerhatian, tren tersebut berhenti berkali-kali dan mengganggu jadual pergerakan penumpang yang bergegas ingin menuju ke destinasi masing-masing.

Lebih mengundang rasa kesal, perkhidmatan pengangkutan terbabit dilihat seakan-akan tiada penambahbaikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut salah seorang penumpang yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, insiden berkenaan sering berlaku terutama waktu puncak.

“Sebagai pengguna servis, saya lihat tak ada penambahbaikan, perjalanan lambat dan selalu ada gangguan bekalan elektrik.

“Kereta api berhenti secara tiba-tiba, situasi dalam gerabak jadi panas dan penumpang lewat untuk ke tempat kerja.

"Sepatutnya, pihak KTMB kena bertanggungjawab sebab perkara ini selalu sangat terjadi," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan kejadian sedemikian pernah berlaku tahun lalu, namun sehingga kini belum ada laporan susulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!