71,290 pelajar lepasan STPM, setara ditawar ke universiti awam

Kemasukan pelajar ke universiti awam dibuat berasaskan prinsip meritokrasi. Gambar hiasan
Kemasukan pelajar ke universiti awam dibuat berasaskan prinsip meritokrasi. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Sejumlah 71,290 daripada 105,424 permohonan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf, ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di universiti awam (UA).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

"Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah," katanya pada Jumaat.

Ujar kementerian itu, pihaknya telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian.

Rayuan itu dibuka selama 10 hari melalui UPUOnline®️ hari ini sehingga 5 petang 15 September depan.

"Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!