Sekuel Duyung dihasilkan selepas 16 tahun

Barisan pelakon Duyung: Lagenda Aurora bersama pengarah, A Razak (duduk, tengah), dan penerbit, Norman Abd Halim (kanan).
Barisan pelakon Duyung: Lagenda Aurora bersama pengarah, A Razak (duduk, tengah), dan penerbit, Norman Abd Halim (kanan).
A
A
A

SELEPAS 16 tahun, KRU Studios Sdn Bhd, 8 Bit Studio Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd bekerjasama untuk menghasilkan kesinambungan filem Duyung.

Masih mengekalkan Datuk Profesor A Razak Mohaideen selaku pengarah dan beberapa pelakon dari filem pertama iaitu Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin Senario, Duyung: Legenda Aurora bakal menyaksikan gandingan pelakon lama dan baharu.

Antaranya adalah Anna Jobling, Ayie Floor 88, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A Shukoor Mohaideen dan ramai lagi pelakon yang akan muncul sebagai penampilan istimewa.

Berkongsi mengenai penghasilan sekuel filem selepas 16 tahun, A Razak berkata, selepas Duyung berjaya mencatat kutipan pecah panggung, ramai yang mengharapkan penghasilan sekuel.

"Pihak kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk membuat sekuel tersebut. Filem ini akan mengadunkan pelakon lama dan baru.

"Di samping mengetengahkan Anna sebagai anak duyung, terdapat juga watak duyung lelaki yang mewarnai cerita ini," katanya.

Duyung: Legenda Aurora akan menjalani penggambaran di 22 lokasi seperti di Pulau Langkawi dan sekitar Pulau Paya, selain Lembah Klang dan Putrajaya.

Berdurasikan 110 minit bagi keseluruhan filem, Duyung: Legenda Aurora akan memulakan penggambaran pada 13 September, selama sebulan dan dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025.

Artikel Berkaitan:

Filem bergenre komedi fantasi ini mengisahkan kemunculan semula Puteri yang memohon bantuan Jimmy untuk menyelamatkan anaknya, Aurora yang telah ditangkap oleh kumpulan pukat tunda haram.

Dashman, kekasih Aurora yang juga anak kepada Jimmy dan Aspalela, memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan Aurora dari kawalan Dr Evo.

Terdahulu, Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008, anjuran Finas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!