Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024 tawar hadiah RM100,000

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024 menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM100,000 untuk 181 pemenang.

PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen itu menawarkan hadiah utama berjumlah RM10,000 untuk seorang pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk setiap 180 pemenang.

“PTPTN mengajak ibu bapa sebagai hero kepada anak-anak bersama-sama memupuk budaya penabungan bermula seawal usia menerusi Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024.

“Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh kempen bermula 1 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, untuk menyertai kempen tersebut, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

“Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik. Kelebihan cabutan berganda juga diberikan kepada pengguna aplikasi myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima cabutan.

Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024 menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000 seorang manakala saguhati berjumlah RM500 untuk 180 pemenang.
Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024 menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000 seorang manakala saguhati berjumlah RM500 untuk 180 pemenang.

Artikel Berkaitan:

“Pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat 10 cabutan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, ibu bapa yang menabung seawal usia anak adalah superhero kerana menjadi individu yang bertanggungjawab menyediakan sumber kewangan dan perancang utama untuk masa depan serta mendidik mereka mengenai pengurusan kewangan.

“Kekallah menjadi superhero sepanjang masa untuk masa depan anak dengan membuat perancangan kewangan di awal usia bagi memastikan generasi masa hadapan mereka mendapat pendidikan sempurna.

“Pendeposit bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat menerusi Simpan SSPN selain berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan sepanjang menyertai kempen ini.

“Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin Kerajaan dan patuh syariah,” tambah Ahmad Dasuki.

Beliau berkata, sehingga 31 Julai 2024, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM18.7 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 6.5 juta.

Pembukaan akaun atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!