Lapan majikan disiasat disyaki gaji, lindungi PATI

Kedai makan dan kedai gunting rambut antara premis yang diserbu JIM Selangor pada Khamis. Gambar kecil: Khairrul Aminus
Kedai makan dan kedai gunting rambut antara premis yang diserbu JIM Selangor pada Khamis. Gambar kecil: Khairrul Aminus
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan majikan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana dipercayai menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di empat daerah sekitar Selangor pada Khamis.

Ia susulan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 42 PATI yang bekerja sebagai tukang masak, jurujual, tukang gunting rambut dan pelayan kedai makan di Batu Caves, Selayang, Ampang dan Gombak.

Op Selera, Op Kutip, Op Belanja dan Op Dandan yang dilaksanakan bermula jam 10 pagi itu menyasarkan 45 lokasi premis dan kawasan sekitar.

Bagaimanapun, dalam salah satu serbuan di sebuah kedai makan di Batu Caves, JIM Selangor turut berdepan provokasi sekumpulan warga tempatan yang tidak berpuas hati dengan serbuan terbabit.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, setiap operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan yang diterima dan dalam serbuan dilakukan, seramai 166 individu diperiksa.

"Hasilnya, kita telah menahan 42 PATI termasuk dua kanak-kanak lelaki dan 22 wanita.

"Mereka yang ditahan bekerja sebagai jurujual, tukang gunting rambut, pelayan kedai makan serta tukang masak terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Thailand, Pakistan dan India," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan pihaknya akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan

Artikel Berkaitan:

"Justeru orang ramai dan majikan diingatkan agar tidak melindungi PATI atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!