Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan 11 individu

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11 individu telah direkod keterangan bagi membantu siasatan kes sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam percakapan itu membabitkan keterangan seorang ahli politik dan suaminya, ahli perniagaan dan beberapa individu dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan.

“Setakat ini seramai 11 individu telah diambil keterangan berkaitan kes tersebut.

"Siasatan setakat ini berkaitan peranan seorang Datuk Seri disyaki sebagai dalang dalam mengenal pasti pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di Myanmar selain peranan lelaki disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari pelabur-pelabur yang berjaya dipujuk," katanya pada Jumaat.

Razarudin berkata, siasatan juga bagi mengenal pasti perhubungan antara beberapa individu serta dua ahli perniagaan rakyat China.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan polis sedang melakukan analisis dan penelitian terhadap kedudukan kewangan beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Polis turut melakukan semakan penerbangan bagi melihat pergerakan ke luar negara, khususnya Myanmar, oleh individu yang disiasat.

Pada Khamis, Mashitah menafikan penglibatannya dalam aktiviti sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan, dakwaan yang dibuat oleh sebuah NGO itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada media picisan di Indonesia.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkaitan tuduhan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!