Lori rempuh tembok lebuh raya, serpihan jatuh hempap kereta

Sebuah lori yang hilang kawalan melanggar tembok penghadang Lebuhraya DUKE, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama
Sebuah lori yang hilang kawalan melanggar tembok penghadang Lebuhraya DUKE, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh tembok penghadang Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE), di sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 petang.

"Siasatan awal mendapati lori tanpa muatan dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang lebuh raya berkenaan.

"Rempuhan itu menyebabkan batu penghadang terjatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang sedang diparkir di bawah lebuh raya itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang diparkir di bawah jejambat Lebuhraya DUKE rosak selepas terkena dinding batu yang jatuh selepas dilanggar lori dalam kejadian pada Jumaat. Foto Bernama
Sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang diparkir di bawah jejambat Lebuhraya DUKE rosak selepas terkena dinding batu yang jatuh selepas dilanggar lori dalam kejadian pada Jumaat. Foto Bernama

Tambahnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Jelasnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul turut dimaklumkan menerima maklumat kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!