Bayi lapan bulan maut di taska
ALOR GAJAH - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, pada petang Jumaat.
Difahamkan bayi sulung dipercayai kepada pasangan suami isteri seorang pegawai tentera dan guru itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati pasukan forensik tiba di taska terbabit pada jam 7.05 petang bagi melakukan pemeriksaan lanjut berhubung kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!