Ular sawa batik 'lepak' bawah meja

Keadaan ular sawa batik di bawah meja. Foto APM Kuala Pilah
Keadaan ular sawa batik di bawah meja. Foto APM Kuala Pilah
A
A
A

KUALA PILAH - Jika sebelum ini ular sawa batik jatuh dari siling rumah di Batu Kikir, kali ini ular spesies sama 'menerjah' sebuah kediaman di Kampung Jawa di sini pada Khamis.

Ular seberat lima kilogram itu bagaimanapun dikatakan terus 'lepak' di bawah meja dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan yang dihuni tiga beranak berusia 20-an hingga 50 tahun.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah, Leftenan Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat seekor ular sawa batik berada di bawah sebuah meja di dalam bilik.

Anggota APM Kuala Pilah menangkap ular sawa di lokasi. Foto APM Kuala Pilah
Anggota APM Kuala Pilah menangkap ular sawa di lokasi. Foto APM Kuala Pilah

"Operasi yang diketuai oleh Lans Koperal (PA) Muhammad Iqbal Ruslan bersama dua lagi anggota APM berjaya menangkap ular berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian difahamkan ular berkenaan dipercayai masuk melalui pintu rumah yang terbuka sebelum disedari penghuninya kira-kira jam 7 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!