Pau Marti congak formula ampuh

Pau Marti. Foto Bernama
Pau Marti. Foto Bernama
A
A
A

JURULATIH bola sepak negara, Pau Marti Vicente sudah mencongak formula ampuh untuk menjerat Lubnan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.

Pengendali dari Sepanyol itu mengakui Lubnan memiliki kelebihan fizikal, namun strategi menunggu kesilapan lawan dan memantapkan barisan pertahanan mampu memberi impak positif buat skuad Harimau Malaya.

Malaysia mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan Filipina 2-1, manakala Lubnan menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0 Rabu lalu.

“Saya jangkakan aksi lebih sukar (menentang Lubnan). Mereka lebih kuat dan memiliki kekuatan fizikal lebih baik daripada Filipina.

“Jadi kita perlu tampil lebih bersedia daripada mereka. Mengambil peluang daripada kesilapan mereka dan lebih bersistem ketika bertahan.

“Jika kita mampu lakukan, tak mustahil kemenangan mampu diraih,” katanya.

Pau Marti juga mengakui kesemua pemain termasuk di bangku simpanan sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan penting itu.

“Kita akan letakkan senarai terbaik untuk perlawanan ini agar kita dapat kemenangan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod kali terakhir Malaysia muncul juara ialah pada edisi 2013 setelah menewaskan Myanmar 2-0 di pentas akhir.

Ia kekal sebagai kejuaraan terakhir buat skuad negara kebangsaan di pentas.

Sebelum itu pada 2010 Malaysia merangkul Piala AFF 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!