Universiti Taylor’s tampil filem pendek, bentuk nilai positif guna slogan ‘Boleh’

Universiti Taylor’s menampilkan filem pendek 'Boleh!’ yang ditayangkan bermula 30 Ogos lepas.
Universiti Taylor’s menampilkan filem pendek 'Boleh!’ yang ditayangkan bermula 30 Ogos lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Taylor’s memperkenalkan dua filem pendek bagi memperingati kepelbagaian budaya Malaysia untuk membentuk nilai-nilai positif kepada masyarakat dengan slogan ‘Boleh’.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Ben Foo berkata, institusi berkenaan menekankan penggunaan kata ‘Boleh’ yang mempengaruhi generasi muda supaya lebih positif.

Menurutnya, inisiatif tersebut bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Kami mahu kempen yang dijalankan secara peribadi dengan satu perkataan kerana slogan ‘Boleh’ ini perlu dirasai, bukan hanya dilontarkan melalui perkataan semata-mata.

Poster filem ‘Mana Boleh?’.
Poster filem ‘Mana Boleh?’.

“Apabila perkataan ‘Boleh’ dimantapkan secara peribadi, kita boleh katakan ‘Boleh’ dengan lebih positif dan penuh semangat tetapi bukan dengan nada sinis.

“Bagi saya, kita boleh kawal perkataan yang keluar daripada mulut sendiri dan mampu mengubahnya menjadi lebih positif,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan dua filem bertajuk ‘Mana Boleh?’ yang disiarkan pada 26 Ogos dan sebuah lagi filem 'Boleh!’ pada 30 Ogos lalu di Kumpulan Karangkraf selain menjalinkan kerjasama dengan rakan media utama.

Artikel Berkaitan:

Nik Justin dan Ben Foo menandatangani mural 'Boleh' sebagai gimik pelancaran kempen di Dewan Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR
Nik Justin dan Ben Foo menandatangani mural 'Boleh' sebagai gimik pelancaran kempen di Dewan Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dalam program sama, satu mural berskala besar dengan perkataan ‘Boleh’ direka menggunakan konsep ‘cat nombor’ yang menggambarkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Farah Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin.

Airol Fadley menandatangani mural 'Boleh' sebagai gimik pelancaran bagi memperkenalkan dua filem pendek itu. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR
Airol Fadley menandatangani mural 'Boleh' sebagai gimik pelancaran bagi memperkenalkan dua filem pendek itu. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sementara itu, Nik Justin berkata, inisiatif berkenaan sangat efektif dan akan diterima bagi membangkitkan semula semangat serta pemahaman slogan ‘Boleh’ itu terhadap generasi muda.

Ujarnya, suatu ketika dahulu, slogan berkenaan sangat kuat dan menjadi satu ‘mantera’ kepada seluruh rakyat Malaysia, namun ia disalahertikan.

Dari kiri Airol Fadley, Farah, Ben Foo, Zamri dan Nik Justin.
Dari kiri Airol Fadley, Farah, Ben Foo, Zamri dan Nik Justin.

“Konsep ini semakin lama semakin tenggelam menyebabkan generasi muda tidak faham dengan perkataan ‘Boleh’ itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Universiti Taylor’s kerana berjaya mencipta satu kempen yang memang efektif dan akan diterima,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!