Jojo tumbangkan Cruz, raih RM216,699
[DIKEMAS KINI] JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar tampil dengan aksi sensasi apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan petarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.
Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Dalam aksi yang didominasi sepenuhnya oleh petarung muda berusia 17 tahun itu, Jojo nyata bukan tandingan dengan siri tumbukannya berjaya beberapa kali menjatuhkan Cruz sebelum lawannya yang berusia 28 tahun itu gagal untuk bangkit.
Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Harimau Malaya hanya ada TMJ ketika ini
21 Disember 2024 10:03pmAnggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia
21 Disember 2024 08:42pmJDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
21 Disember 2024 08:23pmTiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
21 Disember 2024 07:39pmSakit hati dengan mentua punca wanita bunuh adik ipar
21 Disember 2024 07:40am'Jangan jadi seperti Kamala Harris'
21 Disember 2024 08:17amKes rogol dilaporkan berlaku di PPS Kelantan semasa banjir
21 Disember 2024 08:28amDidakwah anak sendiri, wanita akhirnya peluk Islam pada usia 101 tahun
21 Disember 2024 10:37amPiala ASEAN: Impian Harimau Malaya ke separuh akhir berkecai
20 Disember 2024 11:10pm