Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Turkiye akibat 'ancaman bom'

Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum. Foto Reuters
Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum. Foto Reuters
A
A
A

ERZURUM - Sebuah pesawat penumpang India melakukan pendaratan cemas di bandar timur Turkiye pada petang Jumaat ketika dalam perjalanan ke Jerman atas 'faktor keselamatan', lapor Agensi Anadolu.

Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.

Vistara Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan UK27 dari Mumbai ke Frankfurt (BOM-FRA) dilencongkan ke Turkiye (lapangan terbang Erzurum) atas faktor keselamatan dan mendarat dengan selamat pada jam 1905.

Bagaimanapun, beberapa laporan mencadangkan bahawa pesawat India itu mendarat kerana 'ancaman bom'.

Menurut sumber, pasukan tindak balas kecemasan Turkiye termasuk Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), kakitangan perubatan, polis dan bomba, segera dihantar ke lapangan terbang susulan pendaratan cemas.

Para penumpang selamat dipindahkan dan pemeriksaan menyeluruh di kawasan kabin dan kargo sedang dijalankan, menurut sumber.

Gabenor Erzurum Mustafa Cifci, dalam satu kenyataan kepada Anadolu, mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 247 penumpang dan anak kapal.

"Pada masa ini, pasukan berada di lapangan, memeriksa bagasi. Pasukan AFAD selamat memindahkan penumpang. Penguatkuasa undang-undang, termasuk polis operasi khas, dan semua pasukan kami berada di lokasi.

Artikel Berkaitan:

"Semua langkah keselamatan di dalam dan di sekitar pesawat telah diambil. Ruang udara Erzurum ditutup untuk penerbangan," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!