Keinginan, semangat buat Itali menang di Paris

Luciano Spalletti
Luciano Spalletti
A
A
A

PENGENDALI Itali, Luciano Spalletti mengakui The Azzurri mudah terleka apabila mudah melepas gol awal ketika bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-1 ke atas Perancis dalam saingan Kumpulan B Liga Negara-Negara di Parc de France, Paris.

Gol Bradley Barcola selepas 12 saat permainan adalah permulaan mimpi ngeri buat anak buah Spalletti yang diburukkan lagi dengan cara pasukan pelawat dibolosi apabila pemain pertahanan Giovanni Di Lorenzo membenarkan penyerang Perancis itu mencuri bola.

“Sejujurnya, permulaan adalah kuncinya kepada segala-galanya, semua orang bertindak balas serta-merta selepas jaringan itu, cuba memberikan kekuatan dan ketenangan kepada pasukan dan kemudian mereka memainkan permainan yang Itali perlukan untuk kembali dalam perlawanan, sangat bagus..

“Adalah penting untuk kekal sebagai satu pasukan, melangkaui permulaan ketinggalan gol awal kerana dengan suasana yang begitu tegang sebarang kemungkinan berlaku dalam perlawanan ini.

"Itulah sebabnya kekuatan mental kami berganda kerana perkara yang berlaku kepada anda datang daripada anda, ketakutan anda dan dari apa yang anda fikir anda tidak boleh capai,” kata Spalletti.

Perancis bermula sempurna apabila Bradley Barcola meletakkan tuan rumah di depan, namun Itali bangkit menerusi Federico Dimarco (minit ke-30), Davide Frattesi (m-30) dan pemain gantian Giacomo Raspadori (m-74).

Itali tampil semula ke pentas Piala Negara-Negara dengan pendekatan berbeza dibandingkan pendekatan Euro 2024 menyaksikan Spalletti memuji skuadnya yang menang di Paris.

"Kami memilih sekumpulan pemain yang sentiasa berada dalam permainan. Mereka lebih segar sedikit berbanding pada penghujung musim.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga mungkin bertuah kerana menemui sekumpulan pemain muda yang tidak sabar-sabar untuk membuktikan diri mereka. Keinginan dan semangat individu adalah kunci kepada sebarang kejayaan," kata Spalletti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!