Bekas atlet angkat berat negara Che Mohd Azrol meninggal dunia

Che Mohd Azrol meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.
Che Mohd Azrol meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas atlet angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat, 45, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi.

Adik perempuan Allahyarham Suraya Che Mat, 39, berkata, arwah yang masih bujang meninggal dunia pada jam 7.09 malam akibat serangan jantung selepas 10 hari dimasukkan ke hospital berkenaan.

Beliau berkata, sebelum itu arwah terpaksa dimasukkan ke HSNZ kerana masalah kegagalan buah pinggang dan terpaksa ditidurkan.

"Mengikut laporan perubatan, paru-paru abang telah dijangkiti kuman selain kegagalan buah pinggang sejak sembilan tahun lepas.

"Arwah seorang abang dan anak yang sangat baik. Beliau tidak berkahwin kerana mahu menjaga emak yang sakit," katanya.

Suraya berkata, jenazah Allahyarham Che Mohd Azrol selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kecil di sini sekitar jam 9.30 malam tadi.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Losong Haji Su di sini pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam Sukan SEA di Vietnam pada 2003 dan 2005. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!