Video tular kanak-kanak didera: Dua pengasuh direman bantu siasatan

Dua pengasuh sebuah taska direman selama enam hari bagi membantu siasatan video tular mamaparkan kanak-kanak yang didakwa didera dalam kejadian dekat Kampung Raja, Jertih, di Besut.
Dua pengasuh sebuah taska direman selama enam hari bagi membantu siasatan video tular mamaparkan kanak-kanak yang didakwa didera dalam kejadian dekat Kampung Raja, Jertih, di Besut.
A
A
A

BESUT - Dua pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) direman selama enam hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan kanak-kanak didakwa didera dalam kejadian dekat Kampung Raja, Jertih, di sini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 dan 50 tahun itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Fadhli Mahmud.

Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menahan dua pengasuh tersebut kira-kira jam 3 petang pada Jumaat.

Tangkap layar video tular berdurasi 25 saat memaparkan kanak-kanak yang didakwa didera pengasuh melibatkan sebuah taska di daerah Besut.
Tangkap layar video tular berdurasi 25 saat memaparkan kanak-kanak yang didakwa didera pengasuh melibatkan sebuah taska di daerah Besut.

Menurutnya, dua wanita itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu kepada kanak-kanak dalam video tular itu jam 7 malam pada Khamis.

Video berdurasi 25 saat tersebut menunjukkan seorang pengasuh di pusat jagaan itu menarik salah seorang kanak-kanak yang sedang menangis sehingga telentang selain turut menepuk badan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!