Lelaki parah ditetak kerana cemburu

Seorang lelaki parah selepas ditetak dengan parang dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Dew dekat Simpang, Rabu lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Nasir)
Seorang lelaki parah selepas ditetak dengan parang dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Dew dekat Simpang, Rabu lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Nasir)
A
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki parah selepas ditetak dengan parang dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Dew dekat Simpang, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah di belakang badan, bahu dan tangan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 7.20 petang daripada isteri suspek yang memaklumkan suaminya telah menetak mangsa.

Menurut beliau, mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah digerakkan bagi mengesan suspek yang berusia 25 tahun.

"Suspek yang memandu kereta berjaya ditahan di sekitar Taiping kira-kira lima jam kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa cemburu suspek.

"Suspek direman selama enam hari sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!