550 stesen telementri dipasang di seluruh Pahang

Shafik Fauzan merasmikan Taklimat Fungsi dan Kesedaran Stesen Telemetri dan Stesen Siren Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) di Dewan PM Najib di Batu Tiga di sini pada Sabtu.
Shafik Fauzan merasmikan Taklimat Fungsi dan Kesedaran Stesen Telemetri dan Stesen Siren Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) di Dewan PM Najib di Batu Tiga di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 550 stesen telementri termasuk siren dipasang di seluruh Pahang bagi memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan berisiko bencana itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Mohamad Razali Jusoh berkata, semua sistem amaran tersebut berbunyi apabila paras sungai mencecah tahap bahaya.

"Kita menempatkan sistem ini di kawasan yang sering dinaiki air dan berhampiran rumah penduduk.

Mohamad Razali
Mohamad Razali

"Di daerah ini, sebanyak 19 stesen siren dipasang termasuk di empat lokasi terbaru iaitu Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kampung Razali dan Bunut Renang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Taklimat Fungsi dan Kesedaran Stesen Telemetri dan Stesen Siren Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) di Dewan PM Najib di Batu Tiga di sini pada Sabtu.

Taklimat itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif.

Lebih 50 penduduk di kawasan terjejas banjir turut serta dalam taklimat terbabit.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian penduduk yang hadir mendengar Taklimat Fungsi dan Kesedaran Stesen Telemetri dan Stesen Siren Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) di Dewan PM Najib di Batu Tiga di sini pada Sabtu.
Sebahagian penduduk yang hadir mendengar Taklimat Fungsi dan Kesedaran Stesen Telemetri dan Stesen Siren Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) di Dewan PM Najib di Batu Tiga di sini pada Sabtu.

Mohamad Razali memaklumkan, taklimat itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam untuk berpindah selepas siren amaran dibunyikan.

"Kita mahu penduduk lebih peka dan segera bertindak dengan berpindah ke lokasi selamat," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Belukar, Wan Roslinda Wan Nasir, 48, berkata, stesen siren itu memberi manfaat kepada penduduk kampung.

"Saya berharap selepas ini tiada lagi penduduk tercicir maklumat berkaitan banjir kerana sudah ada siren mengeluarkan arahan untuk segera berpindah," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!