Kanak-kanak lelaki hilang dari madrasah

Mohammed Ahil
Mohammed Ahil
A
A
A

HULU SELANGOR - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah madrasah dekat sini sejak 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kanak-kanak berumur 10 tahun itu dikenali sebagai Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dilaporkan hilang kira-kira jam 8.20 malam.

Beliau berkata, kanak-kanak ini kali terakhir berada di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Walid, Bukit Beruntung.

"Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit gelap, tidak memakai cermin mata, berketinggian antara 100 sentimeter hingga 110 sentimer dan berat badan antara 30 kilogram hingga 32 kilogram.

"Kanak-kanak ini memakai baju berwarna merah, seluar panjang berwarna hitam dan sandal berwarna putih atau biru," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kanak-kanak ini beralamat di SBE-2-12 Apartment Seri Bakawali, Bukit Sentosa, Rawang.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223.

"Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 03-60641222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!