Permohonan, cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia - JPN

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mereka perlu kembali ke tanah air jika ingin membuat permohonan sama ada MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

"Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!