Hujan lebat, beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air

Hujan lebat yang bermula sekitar jam 2 petang pada Sabtu turut menyebabkan banjir kilat di Farlim.
Hujan lebat yang bermula sekitar jam 2 petang pada Sabtu turut menyebabkan banjir kilat di Farlim.
A
A
A

GEORGE TOWN - Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Pulau Pinang pada petang Sabtu menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan antaranya Bayan Baru, Farlim dan Kepala Batas.

Angin kencang turut menyebabkan beberapa pokok tumbang di Balik Pulau dan Pulau Burung di Seberang Perai Selatan.

Antara kawasan yang terjejas di Bayan Baru termasuk Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir dan kawasan berhampiran sebuah pasar raya.

Ini merupakan kali kedua banjir kilat berlaku di Bayan Baru selepas hujan lebat lebih tiga jam.

Sebelum ini, beberapa jalan di Bayan Baru dilanda banjir selepas hujan lebat pada awal pagi Selasa lalu.

Beberapa jalan terpaksa ditutup di Bertam bagi mengelakkan dilalui kenderaan sehingga banjir surut.
Beberapa jalan terpaksa ditutup di Bertam bagi mengelakkan dilalui kenderaan sehingga banjir surut.

Hujan lebat yang bermula sekitar jam 2 petang pada Sabtu turut menyebabkan banjir kilat di Farlim.

Hujan lebat ini juga menyebabkan kesesakan di beberapa kawasan kerana orang ramai keluar menghabiskan waktu hujung minggu mereka.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di Kepala Batas, beberapa kawasan seperti Bertam, Jalan Paya Keladi dan Kubang Menerong turut ditenggelami air.

Beberapa jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan dilalui kenderaan sehingga banjir surut.

Setakat ini, tiada kediaman dilaporkan dinaiki air dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!