SRG atasi Homebois, laung amaran awal

SRG membuka gelanggang MLBB Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-14.
SRG membuka gelanggang MLBB Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-14.
A
A
A

PENYANDANG juara Selangor Red Giants (SRG) membuka gelanggang Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dalam Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-14 langkah kanan apabila menewaskan Homebois 2-1, pada Ahad.

SRG yang pernah menjuarai kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MSC MLBB) 2024 itu membariskan pemain sama bertarung dengan Homebois yang mengekalkan seorang pemain asal Muhammad Julian Ardiansyah atau Udil.

SRG dibarisi oleh Mark Genzon Sojero Rusiana (kramM), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish (Stormie), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (YumS) dan John Vincent Banal (Innocent).

Bercakap kepada pemberita, Sekys yang dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) berkata sorakan peminat yang hadir menyaksikan mereka di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini, membakar semangatnya untuk memberi saingan sengit dalam kejohanan berkenaan.

Aksi sengit pemain SRG ketika berentap menentang Homebois pada saingan MLBB Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-14.
Aksi sengit pemain SRG ketika berentap menentang Homebois pada saingan MLBB Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-14.

“Bagi saya tiada tekanan sebab kita main sebagai satu pasukan (dan) saya akan terus tenang selagi boleh (setiap kali menyertai kejohanan),” katanya kepada pemberita.

Pemain berusia 18 tahun berada di posisi ‘Jungler’ yang mempunyai kepakaran mengucar-ngacirkan pertahanan lawan itu, memasang impian untuk beraksi bersama SRG di Kejohanan Dunia M6 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pada November ini.

Anak buah Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai ‘Coach Arcadia’ seterusnya akan bertemu pasukan Rey esok bagi menutup minggu pertama dengan kemenangan bergaya.

Artikel Berkaitan:

Dua pasukan teratas daripada MPL musim ke-14 akan memperoleh kelayakan untuk bertanding di Kejohanan Dunia M6 serta berpeluang membawa pulang sebahagian daripada hadiah wang ASD100,000 (RM437,000) untuk musim ini.

MPL musim ini menghimpunkan 10 pasukan MLBB teratas Malaysia bersaing setiap minggu bermula hari ini hingga 13 Oktober dan menggunakan format single round-robin, dengan setiap perlawanan menggunakan format ‘Best-Of-Three’ (BO3).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!