Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan

Mohamad Azri Aiman diangkat naik ke darat selepas ditemui tidak sedarkan diri di lokasi kejadian. Foto Ihsan Bomba
Mohamad Azri Aiman diangkat naik ke darat selepas ditemui tidak sedarkan diri di lokasi kejadian. Foto Ihsan Bomba
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi di sungai di Kampung Lata Pauh, petang Sabtu.

Mangsa, Mohamad Azri Aiman Rosli, 15, mandi di sungai itu bersama beberapa rakan sebelum tergelincir dan ditemui lemas pada jarak empat meter dari lokasinya terjatuh.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Razani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.16 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, seorang remaja lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa naik ke darat oleh orang awam yang berada di lokasi itu.

"Pasukan bomba melakukan bantuan pernafasan terhadap mangsa terhadap mangsa," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, seramai tujuh anggota bomba membawa mangsa keluar menggunakan pengusung dari lokasi kejadian dan dan berjalan kaki sejauh dua kilometer melalui laluan berbatu.

Bagaimanapun jelas beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 4.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!