Lelaki maut SUV terbabas turun Genting Highlands

Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas SUV dinaiki mereka terbabas. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.
Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas SUV dinaiki mereka terbabas. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dinaiki mereka terbabas di kilometer 14 jalan turun dari Genting Highlands, pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.57 petang.

"Terdapat tiga lelaki dan seorang wanita berada dalam kenderaan terbabit dan kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

"Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Zulfadli menambah, pihaknya membuat kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan di lokasi kejadian.

"Operasi tamat, jentera bersama anggota bertolak balik ke balai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!