Pekerja kilang maut dihempap gulungan besi

Mangsa maut akibat dihempap gulungan besi di tempat kerja di sebuah kilang di Batu 3, Jalan Apas Tawau.
Mangsa maut akibat dihempap gulungan besi di tempat kerja di sebuah kilang di Batu 3, Jalan Apas Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seorang pekerja kilang maut selepas dihempap gulungan besi di tempat kerjanya dalam kejadian di sebuah kilang di Batu 3 Jalan Apas, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, Ng Kok Boon, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.40 tengah hari.

"Mangsa cedera parah di bahagian leher selepas dihempap gulungan besi tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan jam 2.19 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!