Masyarakat usah pinggirkan golongan tidak celik al-Quran

Sebahagian daripada aktiviti dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Sebahagian daripada aktiviti dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Golongan muda yang kurang faham serta tidak mempunyai minat mendalami ilmu al-Quran perlu didekati dan dibimbing.

Ketua Lajnah Dakwah dan Kerohanian, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Ilham Fahmi Mohd Azhar berkata, pendekatan secara kreatif bersesuaian perubahan arus semasa perlu bagi menarik minat mereka terhadap al-Quran.

“Golongan muda terbahagi kepada mereka yang benar-benar meminati al-Quran baik di institusi atau melalui orang lain.

“Selain itu, terdapat juga yang tidak gemar mendampingi, kurang membaca atau mendalami ilmu al-Quran,” katanya.

Katanya, dua golongan itu perlu saling dibantu menerusi kaedah bersesuaian dengan peredaran zaman.

Menurut Muhammad Ilham, program Malaysia #QuranHour diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, baru-baru ini, memberi impak besar dan sinergi terhadap usaha memastikan lebih ramai celik al-Quran.

“Pihak berkenaan disaran menganjurkan aktiviti yang dekat dengan jiwa golongan muda seperti sukan, riadah dan seumpamanya sambil memasukkan nilai mesej al-Quran serta tadabbur.

“Selain itu, hebahan risalah yang menarik dan kreatif untuk menarik jiwa orang muda meminati al-Quran seperti kempen membaca satu muka surat sehari dan tadabbur satu sehari,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Katanya, program sumbangan al-Quran juga perlu diperhebat bagi memberi galakan dan semangat mereka meminati kitab suci itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!