Tuntut bela kematian Al Fateh

Bapa kepada bayi itu Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mengendong jenazah anaknya ketika keluar dari Unit Forensik Hospital Alor Gajah pada malam Jumaat.
Bapa kepada bayi itu Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mengendong jenazah anaknya ketika keluar dari Unit Forensik Hospital Alor Gajah pada malam Jumaat.
A
A
A

KISAH kematian anak angkara ‘kecuaian’ pengasuh sekali lagi meniti di bibir masyarakat apabila media massa dikejutkan dengan kehilangan tragis bayi berusia lapan bulan di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Lebih menyayat hati apabila bayi berkenaan merupakan zuriat pertama selepas 13 tahun penantian untuk bergelar sebagai ibu dan ayah.

Kehilangan anak menjadi perkara paling berat untuk mengikhlaskan lebih-lebih lagi kematian itu disebabkan tindakan kejam seorang pengasuh yang mendapat kepercayaan kedua ibu bapa bayi.

Kejadian malang yang menimpa Muhammad Al Fateh berusia lapan bulan itu dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.

Menerusi rakaman tersebut, pengasuh berkenaan bertindak membedung, disumbat botol susu dan ditekup dengan bantal.

Perilaku tersebut benar-benar mengejutkan kerana pengasuh berkenaan seolah-olah hilang kewarasan sehingga sanggup berbuat sedemikian terhadap bayi yang tidak berdosa.

Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bahawa pengasuh tersebut sama sekali tidak takut terhadap ‘mata-mata’ yang merakam setiap perbuatan terhadap anak jagaan.

Walaupun CCTV tidak boleh mengembalikan nyawa bayi itu tetapi ia sekurang-kurangnya dapat membantu ibu bapa mangsa menuntut pembelaan terhadap kematian anak tersayang.

Artikel Berkaitan:

Justeru, sudah tiba masanya untuk ibu bapa menitikberatkan tentang aspek keselamatan anak dengan menghantar mereka ke tempat asuhan yang memiliki tahap penjagaan baik dan ada pengawasan CCTV.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana segala kecederaan dialami di pusat asuhan dapat dibuktikan menerusi rakaman tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!