Tebing sungai runtuh: Gamuda henti kerja pembinaan projek Bekalan Air Sungai Rasau

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu di Taman Mas, Puchong, Selangor petang Sabtu.

Gamuda Berhad dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun, tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2 petang itu.

"Air melimpah memenuhi tapak pembinaan," menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan dengan itu, semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

"Semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai... keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar," menurut Gamuda. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!