Sentuhan 1 sen paling mahal, ikonik

Hiasan yang dihasilkan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai 'Biggest Backdrop Display Made of One Cent Coins' pada Jun 2018.
Hiasan yang dihasilkan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai 'Biggest Backdrop Display Made of One Cent Coins' pada Jun 2018.
A
A
A

IPOH - Syiling satu sen mungkin dianggap tidak bernilai, namun berbeza bagi Hotel 1969 Business Suites di Bandar Seri Botani di sini yang menjadikannya hiasan dinding berskala besar.

Hiasan itu diabadikan di dinding lobi hotel dengan kelebaran 5.73 meter dan tinggi 2.62 meter sejak 2018 menggunakan sepenuhnya syiling satu sen berjumlah 56,865 keping.

Hiasan itu diabadikan di dinding lobi hotel dengan kelebaran 5.73 meter dan tinggi 2.62 meter sejak 2018 lalu menggunakan sepenuhnya syiling satu sen berjumlah 56,865 keping.
Hiasan itu diabadikan di dinding lobi hotel dengan kelebaran 5.73 meter dan tinggi 2.62 meter sejak 2018 lalu menggunakan sepenuhnya syiling satu sen berjumlah 56,865 keping.

Lebih membanggakan apabila hiasan yang dihasilkan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai 'Biggest Backdrop Display Made of One Cent Coins' pada Jun 2018.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Sri Lingaswaran berkata, idea tersebut dicetuskan bertujuan mewujudkan suasana beridentitikan Malaysia sesuai dengan konsep hotel yang mengetengahkan warisan mewah dan moden.

Sri Lingaswaran (kanan) bersama Pengurus Besar Restoran Cawan Mu, Christopher Chong di hadapan hiasan dinding menggunakan sepenuhnya kepingan syiling satu sen.
Sri Lingaswaran (kanan) bersama Pengurus Besar Restoran Cawan Mu, Christopher Chong di hadapan hiasan dinding menggunakan sepenuhnya kepingan syiling satu sen.

Menurutnya, perkara itu dianggap berjaya apabila hiasan dihasilkan menjadi ikonik hotel lebih-lebih lagi ramai pengunjung datang dan singgah tidak melepaskan peluang merakam kenangan.

"Mungkin di sesetengah tempat, ada yang menggunakan hiasan gambar dan ilustrasi untuk tarikan, tetapi bagi kami, konsep satu sen ini menggambarkan imej negara kita yang klasik dan tersendiri.

Artikel Berkaitan:

"Harapan kami setiap kali mereka berada di sini, mereka tidak lupa bahawa Malaysia pernah memiliki duit syiling satu sen," katanya kepada Sinar Harian.

Hiasan dinding syiling satu sen telah menjadi ikonik Hotel 1969 Business Suites di Bandar Seri Botani lebih-lebih lagi ramai pengunjung datang dan singgah tidak melepaskan peluang merakam kenangan.
Hiasan dinding syiling satu sen telah menjadi ikonik Hotel 1969 Business Suites di Bandar Seri Botani lebih-lebih lagi ramai pengunjung datang dan singgah tidak melepaskan peluang merakam kenangan.

Beliau berkata, penghasilan hiasan itu bukanlah semudah disangka kerana duit satu sen, syilingnya sudah tiada dalam pasaran dengan tahun terakhir dikeluarkan pada 2007.

Katanya, mereka mengambil masa 11 bulan untuk mengumpul duit syiling tersebut melalui hebahan di semua jenis platform media sosial.

"Syukur kerana usaha kami mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia.

"Ada yang bermurah hati menyerahkan syiling simpanan mereka secara percuma dan ada juga sebahagian menjualnya pada harga yang disepakati bersama," katanya.

Menurut beliau, syiling yang berjaya dikumpul itu kemudiannya dilekatkan di dinding menggunakan gam dan bahan kimia khas sebelum kerja-kerja mengilat dilakukan menonjolkan perkataan 'Hotel 1969 Business Suites' pada permukaan syiling.

"Semua proses ini kami lakukan sendiri bersama kakitangan hotel tanpa bantuan pihak luar.

"Walaupun prosesnya mengambil masa hampir empat bulan, kami sangat bangga dan berpuas hati dengan hasilnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!