Bapa calon BN PRK DUN Mahkota terpaksa ditidurkan

Perkongsian di Facebook Syed Hussien mengenai bapanya yang terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di Kluang.
Perkongsian di Facebook Syed Hussien mengenai bapanya yang terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di Kluang.
A
A
A

KLUANG - Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di daerah ini.

Tidak diperincikan sakit sebenar, Syed Hussien berkongsi keadaan bapanya menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook pada awal pagi Ahad.

Syed Hussien
Syed Hussien

Beliau hanya memberitahu bapanya terpaksa ditidurkan selepas disarankan oleh doktor.

Bagaimanapun, menurut sumber bapanya merupakan pejuang kanser.

"Saya mohon doa kepada semua sahabat agar mendoakan ayah saya, Syed Abdullah agar diberi kekuatan kerana ketika ini beliau disyorkan oleh pihak doktor untuk ditidurkan.

"Tiada apa yang mampu saya mohon selain doa semua sahabat," tulisnya.

Difahamkan Syed Abdullah, 67, yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang, turut berada sewaktu pengumuman Syed Hussien sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Taman Sri Kluang pada petang Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman Syed Hussien sebagai calon itu dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepiminan sayap BN dan Pakatan Harapan (PH).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!