Banjir: Satu PPS dibuka di Kedah

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kulim pada Sabtu malam bagi menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah berkenaan.Gambar hiasan
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kulim pada Sabtu malam bagi menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah berkenaan.Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kulim pada Sabtu malam bagi menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah berkenaan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, PPS Masjid Sungai Seluang dibuka pada 9.55 malam menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah.

"Mangsa yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 dewasa, 15 kanak-kanak, lapan warga emas dan lapan bukan warganegara,” menurut kenyataan itu.

Menurut APM, hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan air naik dengan cepat dan proses pemindahan mangsa terjejas telah dilakukan pada Sabtu malam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!