Dah jumpa Mohammed Ahil di Bukit Beruntung

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah madrasah dekat sini sejak 6 Ogos lalu.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah madrasah dekat sini sejak 6 Ogos lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.

"Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.

"Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!