[VIDEO] Kadar tol mungkin boleh kurang jika kos pembangunan lebuh raya dikawal

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal, selain tidak berlakunya ketirisan dan rasuah.

Anwar berkata, kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan) : R&R Lestari Pertama pada Ahad. Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan) : R&R Lestari Pertama pada Ahad. Foto Bernama

"Ini mesti dihentikan. Saya percaya Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk projek yang seterusnya, pastikan kelulusan disegerakan.

Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan merasakan ini (projek lebuh raya) projek rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lestari yang pertama di lebuh raya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan, di Seremban pada Ahad.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Mengambil contoh projek Rumah Madani di Taman Desa di Kuala Lumpur yang beliau lancarkan baru-baru ini, Anwar berkata, kelulusan projek itu berjaya disegerakan atas pertimbangan bahawa keperluan perumahan itu mendesak untuk golongan berpendapatan rendah.

Artikel Berkaitan:

"(Kalau) Mahu tunggu nak dapat kelulusan dua tahun...kos meningkat, tunggu lama, jadi apabila kita desak, kita tekan, pastikan peraturan diikuti jangan ada ketirisan dan jangan ada orang ambil kesempatan...ia boleh dilakukan, kalau kita ada pendirian jelas,” katanya.

Kawasan R&R Seremban (Arah Selatan) itu bukan sahaja menawarkan pelbagai kemudahan demi keselesaan pengguna lebuh raya, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dengan melahirkan lebih 500 usahawan kecil dan sederhana yang disokong ribuan pembekal daripada komuniti setempat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!