Tebing sungai runtuh: Rekahan dikesan susulan pergerakan tanah

Lokasi kejadian dilaporkan terkawal dan pemantauan masih dijalankan pihak bomba.
Lokasi kejadian dilaporkan terkawal dan pemantauan masih dijalankan pihak bomba.
A
A
A

PUCHONG - Terdapat rekahan dikesan akibat pergerakan tanah susulan kejadian tebing sungai runtuh dekat kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, keadaan di lokasi terkawal setakat ini.

"Pihak bomba menjalankan pemantauan berkaitan arahan untuk henti kerja yang telah dikeluarkan sebelum ini di lokasi berkenaan.

Pihak bomba menjalankan pemantauan susulan kejadian runtuhan tebing sungai dekat kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong.
Pihak bomba menjalankan pemantauan susulan kejadian runtuhan tebing sungai dekat kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong.

"Setakat ini lokasi kejadian terkawal namun masih ada rekahan dikesan akibat pergerakan tanah susulan kejadian," katanya pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian yang berlaku pada Sabtu itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa kerana semua pekerja berjaya keluar dari tapak pembinaan.

"Pihak bomba turut dimaklumkan bahawa proses runtuhan tebing mengambil masa kira-kira 20 minit.

Artikel Berkaitan:

Keadaan terkini di lokasi runtuhan tebing sungai dekat kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong.
Keadaan terkini di lokasi runtuhan tebing sungai dekat kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong.

"Kejadian dipercayai bermula dengan bunyi akibat pergerakan tanah sebelum siren diaktifkan untuk mengeluarkan kesemua pekerja ke tempat selamat," katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, Gamuda Berhad dalam kenyataan memaklumkan semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

Pada Sabtu, tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) dilaporkan runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu di Taman Mas, Puchong.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!