Kapten Burnley sedia pertimbang sarung jersi Harimau Malaya

Joshua Brownhill
Joshua Brownhill
A
A
A

KAPTEN pasukan Burnley, Joshua Brownhill mengesahkan dirinya mempunyai pertalian darah Malaysia dan sedia menimbangkan untuk menyertai Harimau Malaya.

Perkara itu dikongsikan laman frfuturetalents yang turut berkongsi tangkap layar e-mel yang didakwa diterima daripada pemain berusia 28 tahun itu.

"Saya mengesahkan bahawa saya mempunyai keturunan Malaysia melalui nenek saya dan ia sesuatu yang membanggakan saya.

"Ketika saya sedang fokus kepada karier bersama kelab, kemungkinan untuk saya menyertai Malaysia di peringkat antarabangsa boleh dipertimbangkan," katanya dalam e-mel kepada frfuturetalents.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan sedang berhubung dengan beberapa pemain warisan antaranya pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl untuk membawa mereka menyertai pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, Brownhill juga menghargai kesungguhan ditunjukkan penyokong Harimau Malaya yang mahu melihat beliau mewakili pasukan kebangsaan.

"Saya menghargai minat dan sokongan daripada peminat bola sepak Malaysia. Saya pasti akan mempertimbangkan sebarang peluang pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!